bab 4: Sebatian karbon

4.2 | Menganalisis alkohol dan kesannya terhadap kesihatan

APA ITU ALKOHOL?

ALKOHOL

  • Alkohol ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen sahaja.

  • Antara contoh alkohol ialah:

      • Etanol

      • Metanol

      • Propanol

      • Heksanol

ETANOL

Formula struktur etanol

METANOL

Formula struktur metanol

PENGHASILAN ALKOHOL

  1. Alkohol boleh dihasilkan melalui proses penapaian daripada sumber karbohidrat seperti glukosa, strach, gandum, barli, beras pulut dan anggur.

  2. Proses penapaian

    • Penukaran karbohidrat (gula) ke etanol (alkohol) dan karbon dioksida oleh yis.

  • Enzim zymase dalam yis bertindak balas dengan makanan karbohidrat, menukarkan ia kepada etanol (alkohol) dan melepaskan karbon dioksida.

  • Etanol yang diperolehi melalui proses penapaian boleh ditulenkan melalui proses penyulingan.


PROSES PENAPAIAN

Proses penapaian di dalam makmal.

Video oleh Pelajar 5 Perakauan Tahun 2018 SMK Simpang Beluru Kuala Kangsar Perak.

SIFAT - SIFAT ALKOHOL

  • Larut dalam air

  • Cecair tidak berwarna

  • Bau yang kuat

  • Neutral

  • Pelarut organik yang baik

  • Takat lebur dan takat didih yang rendah menyebabkan ia

    1. mudah terbakar di udara

    2. mudah tersejat

  • Pembakaran yang dan menghasilkan api biru tanpa jelaga

  • Pembakaran dengan oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida dan air

  • Bertindak balas dengan asid organik seperti asid etanoik untuk menghasilkan ester, cecair dengan wangian berbau manis. Asid sulfurik pekat ditambah sebagai pemangkin. Tindak balas yang berlaku yang dikenali sebagai tindak balas pengesteran.


KEGUNAAN ALKOHOL

  1. Bahan api

    • Boleh digunakan sebagai bahan api kerana ia menghasilkan pembakaran bebas jelaga

    • Boleh digunakan sebagai bahan api pembakaran dalam lampu minyak

    • Digunakan sebagai bahan api kenderaan di Brazil

  2. Ubat-ubatan

    • Digunakan untuk melarutkan iodin untuk menyediakan larutan iodin (antiseptik) untuk disapu pada luka

    • Digunakan untuk membunuh kuman sebelum suntikan yang diberikan

    • Sesetengah ubat batuk (cecair) mengandungi etanol

  3. Kosmetik

    • Digunakan dalam pembuatan kosmetik seperti minyak wangi, losyen bercukur, kuku varnis dan pelembap kulit

  4. Perisa makanan tiruan

    • Ester digunakan untuk menghasilkan perasa tiruan seperti oren dan strawberi dalam makanan seperti ais krim

  5. Pelarut

    • Digunakan sebagai pelarut untuk varnis dan dakwat percetakan

  6. Minuman beralkohol

    • Etanol digunakan untuk membuat minuman keras seperti bir dan wain

KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN

  1. Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh mengurangkan daya ingatan, menggangu koordinasi saraf, mabuk, mengurangkan tumpuan dan melambatkan tindak balas serta menjejaskan keimunan terhadap jangkitan penyakit.

    • Sirosis hati ialah penyakit hari yang menyebabkan ulser perut dan malnutrisi akibat daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.

    • Malnutrisi berlaku kerana seseorang sentiasa berasa kenyang dan tidak mengamalkan gizi seimbang selepas minum alkohol secara berlebihan.

    • Wanita yang mengambil alkohol semasa mengandung akan membahayakan fetus dalam kandungan kerana bayi mungkin dilahirkan dengan masalah-masalah fizikal dan psikologi.

2. Kesan buruk pengambilan alkohol dengan dos yang berlainan.

LATIHAN

RUJUKAN:
  1. Buku Teks Sains
  2. Blog Pendidikan One Solution