bab 4: Sebatian karbon

TOPIK 4.4 | KELAPA SAWIT & KEPENTINGANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

STRUKTUR KELAPA SAWIT

struktur kelapa sawit

Rajah menunjukkan tiga bahagian penting struktur kelapa sawit.

Sabut (Mesocarp) - paling banyak menghasilkan minyak.

Isirung (Kernel) - menghasilkan minyak paling berkualiti (namun sedikit)

Tempurung (Endocarp) - - tidak mengandungi minyak.

PROSES PENGEKSTRAKAN MINYAK KELAPA SAWIT

KEGUNAAN MINYAK KELAPA SAWIT

Marjerin

Minyak masak

Coklat

Kek

Ais krim

Minyak sapi/sayuran

Sabun

Barangan kosmetik

Barang farmaseutikal

Minyak pelincir

Dakwat pencetak

Lilin

BAHAN BERKHASIAT MINYAK KELAPA SAWIT

  1. Minyak kelapa sawit adalah minyak tak tepu berasal dari tumbuhan.

  2. Tidak mengandungi kolesterol.

  3. Berwarna merah yang kaya dengan beta-keroten, vitamin A dan vitamin E dan kesemua ini merupakan pengantioksida yang penting dalam pencegahan kanser.

  4. Kajian menunjukkan minyak kelapa sawit meningkatkan paras kolesterol yang berfaedah iaitu kolesterol HDL dan menurunkan paras kolesterol berbahaya iaitu kolesterol LDL.

  5. Minyak kelapa sawit juga mengurangkan pembekuan darah dalam arteri yang boleh menyebabkan thrombosis. Hal ini kerana ia dapat mengawal peratusan hormon tromboksan dan prostasiklin dalam darah.

AKTIVITI PENYELIDIKAN KELAPA SAWIT OLEH INDUSTRI TEMPATAN

  1. Industri kelapa sawit merupakan antara penyumbang utama sumber ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian.

  2. Perusahaan eleokimia merupakan era perkembangan yang menarik dalam industri kelapa sawit.

  3. Antara instutusi yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan adalah:

    • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

    • Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Sawit Malaysia (MARDI)

    • Lembaga Tanah Malaysia (FELDA)

    • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

  4. MPOB menjalankan penyelidikan dan pembangunan seperti:

    • mempertingkatkan kualiti dan penghasilam minyak kelapa sawit

    • mengoptimumkan penggunaan tanah untuk penanaman pokok kelapa sawit

    • mengembangkan dan memperbaik kegunaan semasa minya kelapa sawit

    • mencari kegunaan baharu minyak kelapa sawit

    • menyebarkan maklumat tentang kebaikan dan kegunaan minyak kelapa sawit dalam pasaran antarabangsa.

POTENSI KEgUNAAN KELAPA SAWIT

  1. Penyelidik tempatan berjaya menghasilkan bahan api kenderaan dan jentera yang dikenali sebagai biodiesel.

  2. Minyak kelapa sawit juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak pelincir.

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 5
  2. Youtube