bab 4: Sebatian karbon
4.7 KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP PENGGUNAAN SEBATIAN KARBON UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP
Lembaga Minyak Sawit Malaysia merupakan pusat penyelidikan yang berusaha mengembang dan memperbaiki kegunaan semasa minyak kelapa sawit serta meneroka kegunaan baharu dari minyak kelapa sawit
Kelapa sawit yang merupakan sejenis sebatian karbon mempunyai banyak potensi kegunaan yang masih belum ditemui.
Kewujudan sebatian karbon yang mempunyai kegunaannya meluas telah memberi manfaat kepada manusia.
Contohnya, sejak penemuan petroleum tamadun manusia telah melangkah jauh ke hadapan.
Penciptaan motor berenjin telah membawa banyak kemudahan kepada manusia.
Pelbagai jenis kenderaan seperti kapal terbang menjadikan tempoh perjalanan untuk jarak jauh menjadi lebih cepat.
Penciptaan enjin serta jentera telah mempercepatkan dan mempertingkatkan produktiviti dalam sektor pertanian serta sektor industri.