bab 4: Sebatian karbon
TOPIK 4.3 | Lemak dan Kesannya Terhadap Kesihatan
LEMAK
Lemak ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
Lemak wujud dalam bentuk
cecair pada suhu bilik dikenali sebagai minyak. Lemak tumbuhan biasanya wujud dalam bentuk cecair. Contoh minyak ialah minyak soya, minyak sayur, minyak zaitun dan minyak jagung.
pepejal pada suhu bilik biasanya berasal daripada lemak haiwan. Contoh lemak ialah lemak dalam daging, mentega, minyak sapi, keju dan marjerin.
Lemak terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
Lemak tepu
Lemak tak tepu
LEMAK TEPU DAN LEMAK TAK TEPU
VIDEO: LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU
Jom saksikan video pendidikan dari Learning Port Interactive
Lemak haiwan ialah lemak tepu manakala lemak tumbuhan ialah lemak tak tepu.
Lemak tepu
Nisbah antara bilangan atom hidrogen dengan bilangan atom karbon adalah tinggi berbanding dengan lemak tak tepu.
Bilangan atom hidrogen adalah maksimum dan tidak boleh menerima atom hidrogen tambahan lagi.
Ikatan ganda dua tidak wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak.
Lemak tak tepu
Boleh menerima atom hidrogen tambahan kerana ikatan ganda dua wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak
CONTOH LEMAK TEPU
Mentega
Daging Lembu
Ayam
CONTOH LEMAK tak TEPU
Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Sawit
Minyak Bunga Matahari
KESAN LEMAK
Kita sering diwar-warkan bahawa pengambilan lemak menyebabkan masalah kesihatan. Hakikatnya lemak penting dalam nutrisi kita.
Lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga tenaga, pelarut bagi vitamin A, D, E dan K serta sebagi pelindung bagi organ dalaman.
Namun pengambilan lemak secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan.
Penggunaan lemak tepu yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ini kerana lemak tepu kaya dengan kolesterol.
Penggunaan lemak tepu (lemak haiwan) yang berlebihan boleh menyebabkan pemendapan kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyebabkan:
strok
tekanan darah tinggi
serangan jantung
arteriosklerosis
Lumen arteri yang sempit akan mengakibatkan tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis. Dalam keadaan serius serangan jantung atau strok boleh berlaku (Lihat rajah di bawah).
Sebaliknya, penggunaan lemak tak tepu adalah baik untuk kesihatan.
Lemak tak tepu mengandungi kolesterol yang rendah.
LATIHAN
- Buku Teks Sains SPM Tingakatn 5
- Blog Pendidikan One Solution
- Youtube Pendidikan