bab 4: Sebatian karbon

4.6 | POLIMER SEMULAJADI

POLIMER?

  • Polimer mempunyai kegunaan yang sangat meluas dalam kehidupan kita.

  • Foto di sebelah menunjukkan beberapa contoh produk yang diperbuat daripada polimer.

Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?

Polimer adalah bahan yang mempunyai molekul besar berbentuk rantaian gabungan molekul-molekul kecil yang terdiri daripada unit-unit kecil yang dipanggil monomer.

Bagaimana polimer terbentuk?

Polimer terbentuk melalui proses pempolimeran iaitu proses hasil daripada pencantuman monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia bagi menghasilkan rantaian polimer besar.

Proses penyahpolimeran pula merujuk kepada proses pemisahan rantaian molekul polimer panjang kepada monomer-monomer kecil melalui tindak balas kimia.

Pempolimeran & Penyapolimeran

POLIMER SEMULAJADI DAN POLIMER SINTETIK

POLIMER SEMULAJADI

  • Wujud secara semulajadi

  • Berasal daripada organisma hidup

  • Contoh:

      1. Karbohidrat

      2. Protein

      3. Selulosa

      4. Getah sintetik

      5. Kapas

      6. Sutera

      7. Lemak

      8. Kanji

Kapas & sutera

Protien

Sarung tangan getah asli

Karbihidrat

POLIMER SINTETIK

  • Polimer buatan manusia yang dihasilkan melalui tindak balas kimia.

  • Diperbuat daripada petroleum dan gas asli

  • Contoh:

      1. Perspeks

      2. Nilon

      3. PVC

      4. Polisterina

      5. Politena

Perspek

Getah sintetik

Politena

POLIMER & MONOMERNYA

getah asli

  1. Getah asli adalah sejienis polimer semulajadi yang banyak menyumbang terhadap peningkatan ekonomi negara.

  2. Susu getah juga dikenali sebagai lateks dan monomer bagi lateks adalah isoprena.

  3. Ciri-ciri getah asli adalah:

      • bersifat kenyal

      • tidak mengkonduksikan elektrik

      • tidak mengkonduksikan haba

      • tidak telap udara

      • bersifat lembut

      • tidak tahan haba

Tindakan Asid dan Alkali Terhadap Lateks

Susu getah yang diperolehi dari pokok getah adalah dalam keadaan cecair secara semulajadi. Bagaimanakah lateks boleh ditukarkan kepada bentuk gumpalan? Bolehkah lateks dikekalkan dalam bentuk cecair?

Lihat Video Ini!

Apakah yang akan berlaku terhadap lateks apabila dituangkan dengan asid dan alkali?

Apa yang pemerhatian yang diperolehi oleh pelajar tersebut?

Apabila asid ditambahkan kepada lateks, lateks menggumpal manakala apabila alkali ditambahkan kepada lateks, lateks kekal dalam bentuk cecair.

Perbincangan:

Penambahan Asid

  • Molekul-molekul getah yang diselaputi oleh lapisan membran protein bercas negatif. Oleh itu, molekul-molekul getah ini saling menolak antara satu sama lain kerana memiliki cas yang sama.

  • Asid memiliki ion-ion hidrogen bercas positif. Apabila asid ditambahkan ke dalam lateks, cas-cas positif dari asid akan tersebar dipermukaan luar membran protein yang bercas negatif tersebut.

  • Penambahan asid ini akan meneutralkan cas-cas negatif pada permukaan membran protien molekul getah.

  • Membran protein tidak lagi memiliki cas-cas negatif dan apabila molekul-molekul getah berlanggaran di antara satu sama lain maka membran protein akan pecah.

  • Molekul getah yang berbentuk rantaian seterusnya akan terbelit di antara satu sama lain lalu membentu satu gumpalan pepejal.

  • Maka penambahan asid menyebabkan penggumpalan lateks.

Penggumpalan Lateks

Sekiranya Latek Dibiarkan Semalaman?

  • Lateks akan menggumpal sekiranya dibiarkan semalaman.

  • Hal ini kerana terdapat bakteria dari persekitaran yang bertindak ke atas lateks menghasilkan asid yang akan meneutralkan cas-cas negatif pada membran protein molekul getah.

Penambahan Alkali

  • Namun alkali boleh digunakan untuk mencegah penggumpalan lateks.

  • Penambahan alkali seperti larutan ammonia kepada lateks dapat meneutralkan sebarang asid yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Ini kerana ammonia terdiri daripada ion hidroksida yang bercas negatif.

  • Cas negatif pada membran protein akan kekal dan saling menolak di antara satu sama lain dan menjadikan lateks kekal sebagai cecair.

  • Oleh itu, alkali dapat mencegah berlakunya penggumpalan lateks.

Video ini amat membantu meningkatkan kefahaman pelajar.. Jom tonton!

PROSES PEMVULKANAN GETAH

  • Kelemahan getah asli adalah pada sifatnya yang lembut dan tidak tahan haba.

  • Oleh itu salah satu cara mengatasi masalah tersebut adalah menerusi proses pemvulkanan getah.

  • Proses pemvulkanan getah adalah bertujuan untuk menghasilkan getah tervulkan yang memiliki ciri-ciri seperti:

    • memiliki ketahanan haba yang tinggi

    • bersifat keras

Proses pemvulkanan getah

Bagaimana proses pemvulkanan berlaku?

  1. Proses pemvulkanan adalah proses penambahan atom-atom sulfur ke dlaam molekul-molekul getah asli (lihat rajah di atas).

  2. Rangkaian silang yang terbentuk antara molekul getah adalah teguh, mengikat serta menghalang rantai molekul getah daripada tergelongsor antara satu sama lain.

  3. Rangkai silang ini juga menyebabkan tenaga haba yang banyak diperlukan untuk memutuskannya.

  4. Hal ini menjadikan getah asli lebih kuat, lebih kenyal, tahan haba, dan sukar dioksidakan.

  5. Antara kegunaan getah tervulkan dalam kenderaan adalah seperti berikut:

Sumber imej Buku Teks Sains Tingkatan 5

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 5
  2. Blog Pendidikan
  3. Youtube