bab 4: Sebatian karbon
4.1 | Menganalisis kepelbagaian sebatian karbon
Diakhir pembelajaran, pelajar dapat:
Menyatakan maksud sebatian dalam karbon secara bertulis
Menyatakan maksud dan memberi 2 contoh sebatian organik dan bukan organik secara lisan.
Membanding dan membezakan sebatian organik dengan sebatian bukan organik seccara bertulis.
Mengelaskan bahan kepada bahan organik dan bahan bukan organik secara bertulis
Menyatakan maksud dan menyenaraikan sumber hidrokarbon
SEBATIAN KARBON
Sebatian karbon ialah bahan yang mengandungi karbon yang bergabung dengan unsur-unsur lain dalam tindak balas kimia. Sebatian karbon terbahagi kepada:
Sebatian karbon organik
Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan unsur-unsur lain dan biasanya terdapat dalam organisma hidup.
Unsur-unsur yang wujud dalam sebatian karbon organik termasuklah karbon, hidrogen, oksigen, sulfur dan fosforus. Sebagai contoh, karbohidrat dan protein.
Semua hidupan dan fosil bahan api mengandungi sebatian karbon organik.
Sebatian karbon tak organik
Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan unsur-unsur lain tetapi tidak terdapat dalam organisma hidup. Sebatian ini biasanya diekstrak daripada garam mineral Bumi.
Sebatian karbon tidak organik boleh dibahagi kepada sebatian logam dan sebatian bukan logam.
Contoh sebatian karbon tidak organik ialah natrium karbonat, air kapur, karbon monoksida dan karbon dioksida.
VIDEO: sebatian karbon
Tonton dan fahamkan.
SEBATIAN HIDROKARBON
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja, melalui ikatan kovalen. Antara contoh hidrokarbon:
Petroleum
Gas asli
Arang batu
Petroleum terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang mati dalam laut berjuta-juta tahun yang lalu.
Apabila tumbuhan dan haiwan mati, bangkai tumbuhan dan haiwan akan tenggelam ke dasar laut. Kemudian, ia termendap dan tertimbus dalam lumpur dan pasir yang beribu-ribu meter dalamnya dari permukaan bumi.
Dalam jangka masa yang panjang, sebatian karbon organik yang terbentuk daripada bangkai tumbuhan dan haiwan itu mengalami tekanan dan haba yang tinggi di bawah tanah.
Komposisi kimia sebatian karbon organik itu berubah disebabkan oleh tekanan dan haba yang tinggi dan terurai menjadi hidrokarbon, iaitu petroleum dan gas asli yang terperangkap antara lapisan-lapisan batu yang tidaak telap.
VIDEO: BAGAIMANA HIDROKARBON TERBENTUK
Tonton dan fahamkan.
latihan
- Buku Teks Sains Tingkatan 5
- Blog Pendidikan One Learning Solution
- Youtube (Pendidikan)