BAB 5 - GERAKAN
5.2 | LAJU, HALAJU DAN PECUTAN
JARAK & sesaran
JARAK
Jumlah panjang lintasan gerakan satu objek.
Unit S.I ialah meter (m).
SESARAN
Jarak antara dua lokasi yang diukur sepanjang lintasan terdekat (terpendek) yang menyambungkan antara dua lokasi dalam arah tertentu.
Unit S.I ialah ialah meter (m).
KUANTITI: JARAK & SESARAN
Pelajar dikehendaki menonton video ini.
LAJU & halaju
LAJU
Kadar perubahan jarak.
Jarak yang dilalui oleh objek per unit masa.
Unit S.I ialah meter per saat (ms⁻¹).
HALAJU
Kadar perubahan jarak dalam arah tertentu.
Jarak yang dilalui per unit masa tertentu.
Unit S.I i ialah meter per saat (ms⁻¹) .
KUANTITI: LAJU & HALAJU
Pelajar dikehendaki menonton video ini.
Formula Laju
Formula Halaju
CONTOH SOALAN
Soalan 1:
Sebuah kereta bergerak sejauh 200 m dalam tempoh 10 saat. Hitung laju kereta itu?
Pengiraan:
Jarak = 200 m, masa = 10 saat
Berdasarkan formula, Laju = Jarak / Masa
Laju = 200 / 10
Laju = 20 ms⁻¹
Soalan 2:
Sebuah basikal bergerak dengan laju 5 ms⁻¹. Berapakah jarak yang dilalui setelah ditunggang selama 15 saat?
Pengiraan:
Halaju = 5 ms⁻¹, masa = 10 saat
Berdasarkan formula, Laju = Jarak / Masa
Maka, Jarak = Laju x Masa = 5 x 15
Jarak = 75 m
PECUTAN
Kadar perubahan halaju.
Perubahan halaju perut semasa.
Unit S.I ialah meter per saat per saat (m s−2).
Formula Pecutan
CONTOH SOALAN
Soalan 1:
Sebuah motosikal bergerak dari keadaan pegun dan mencapai halaju 10 ms⁻¹ dalam masa 5 saat. Berapakah pecutan motosikal tersebut?
Pengiraan:
Halaju awal = pegun = 0 ms⁻¹, Halaju akhir = 10 ms⁻¹,
Masa = 5 saat
Pecutan = (10 - 0) / 5
Pecutan = 2 m s−2
Soalan 2:
Azim menunggang basikalnya pada halaju 20 ms⁻¹. Dia berhenti mengayuh basikalnya apabila sampai di rumahnya. Basikalnya berhenti selepas 8 saat. Berapakah pecutan purata basikalnya?
Pengiraan:
Halaju awal = 20 ms⁻¹, Halaju akhir = 0 ms⁻¹, Masa di ambil = 8 saat
Pecutan = (0 - 20) / 8
Pecutan = - 0.25 m s−2
Nilai negatif bermaksud NYAHPECUTAN
EKSPERIMEN YANG AKAN DIJALANKAN SELEPAS PKP TAMAT
Video 1: Eksperimen Menentukan Halaju Objek Menggunakan Jangkamasa Detik
InsyaAllah guru-guru anda akan buat eksperimen ini bersama-sama dengan anda apabila sekolah dibuka nanti.
Video 2: Menjelaskan bagaimana pengiraan halaju dan pecutan diperolehi dari pita detik.
Pengiraan akan dibuat secara praktikal selepas ekperimen pada video1 dilakukan nanti di sekolah (selepas PKP).
LATIHAN
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.- Buku Teks Sains Tingkatan 5
- Buku Rujukan Sains Tingkatan 5
- Youtube (Kredit: Fizik SPM Physics-O-Therapy, Idris Talib, Mudahnya Fizik!)