BAB 5 - GERAKAN
5.1 | GERAKAN KENDERAAN DI ATAS DARAT
Kenderaan terbahagi kepada dua iaitu:
kenderaan berenjin
kenderaan tidak berenjin
STRUKTUR & PRINSIP OPERASI KENDERAAN TIDAK BERENJIN (BASIKAL)
Basikal merupakan kenderaan paling ekonomi dan mesra alam kerana tidak membebaskan gas karbon dioksida.
Komponen basikal adalah injak, gegancu, hab dan rantai besi.
Apabila injak basikal dikayuh, gegancu akan diputarkan.
Putaran gegancu akan memutarkan rantai besi dan seterusnya memutarkan roda belakang.
Basikal akan bergerak ke hadapan.
STRUKTUR & PRINSIP OPERASI KENDERAAN BERENJIN
Enjin dalam kenderaan darat dikenali sebagai enjin pembakaran dalam.
Enjin pembakaran dalam menggunakan bahan api petrol dan diesel.
Oleh itu, enjin terbahagi kepada dua iaitu enjin petrol dan enjin diesel.
Kenderaan yang menggunakan enjin petrol adalah seperti kereta manakala kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah kenderaan berat seperti lori.
Terdapat dua jenis enjin petrol iaitu enjin petrol empat lejang dan enjin petrol dua lejang.
STRUKTUR & OPERASI ENJIN PETROL EMPAT LEJANG
Enjin petrol empat lejang memiliki omboh yang bekerja dengan kitaran empat lejang iaitu:
lejang aruhan
lejang mampatan
lejang kuasa
lejang ekzos
LEJANG ARUHAN
omboh bergerak ke bawah
injap masuk terbuka
injap ekzos tertutup
petrol dan udara disedut masuk ke dalam silinder melalui injap masuk
LEJANG MAMPATAN
omboh bergerak ke atas
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
campuran petrol dan udara dimampatkan
LEJANG KUASA
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
palam pencucuh menghasilkan bunga api menyebabkan campuran petrol dan udara yang termampat tadi terbakar
gas ekzos hasil pembakaran terhasil, mengembang dan menolak ombok ke bawah
omboh tertolak ke bawah
LEJANG EKZOS
injap masuk tertutup
injap ekzos terbuka
omboh bergerak ke atas
omboh menolak gas ekzos keluar melalui injap ekzos
ANIMASI ENJIN PETROL EMPAT LEJANG
Prinsip kerja enjin petrol empat lejang.
Gambaran enjin dalam kenderaan.
STRUKTUR & OPERASI ENJIN DIESEL EMPAT LEJANG
Enjin diesel empat lejang memiliki prinsip kerja yang sama dengan enjin petrol empat lejang dengan kitaran empat lejang iaitu:
lejang aruhan
lejang mampatan
lejang kuasa
lejang ekzos
Dalam enjin diesel hanya udara sahaja yang dimampatkan dan menyebabkan suhu udara meningkat.
Kemudian pemancit diesel akan disemburkan kepada udara yang panas tadi menyebabkan diesel terbakar.
LEJANG ARUHAN
omboh bergerak ke bawah
injap masuk terbuka
injap ekzos tertutup
udara sahaja disedut masuk ke dalam selinder melalui injap masuk
LEJANG MAMPATAN
omboh bergerak ke atas
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
udara dimampatkan
tekanan tinggi terhasil
suhu meningkat sehingga 700°C -900°C
LEJANG KUASA
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
diesel disemburkan melalui pemancit bahan api dan bercampur dengan udara panas.
haba termampat membakar campuran diesel dan udara
gas ekzos hasil pembakaran terhasil, mengembang dan menolak ombok ke bawah
omboh tertolak ke bawah
LEJANG EKZOS
injap masuk tertutup
injap ekzos terbuka
omboh bergerak ke atas
omboh menolak gas ekzos keluar melalui injap ekzos
VIDEO ANIMASI ENJIN DIESEL EMPAT LEJANG
Prinsip kerja enjin diesel empat lejang.
Gambaran enjin dalam kenderaan.
FAHAMKAN PRINSIP OPERASI ENJIN PETROL EMPAT LEJANG DAN ENJIN DIESEL EMPAT LEJANG DI ATAS.
KENAL PASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN & JAWAB SOALAN DI BAWAH.
STRUKTUR & OPERASI ENJIN PETROL DUA LEJANG
Enjin petrol 2 lejang kebiasaannya digunakan dalam motosikal dan mesin rumput.
Tidak mempunyai injap.
Melibatkan dua kitaran lejang sahaja iaitu lejang ke atas dan lejang ke bawah.
Campuran petrol bercampur dengan minyak pelincir menyebabkan pembakaran kurang lengkap dan banyak asap hitam yang dihasilkan.
Enjin petrol dua lejang kurang efisien berbanding enjin petrol empat lejang.
Lejang Ke Atas
Campuran petrol dan udara masuk ke dalam silinder melalui salur pemindahan.
Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran petrol dan udara tadi.
Salur ekzos dan salur pemindahan tertutup.
Pada masa yang sama salur masuk terbuka.
Campuran petrol dan udara yang baru, masuk ke kebuk engkol.
Bunga api yang dihasilkan oleh palam pencucuh akan menyebabkan campuran petrol dan udara tadi terbakar.
Asap ekzos yang dihasilkan mengembang dan menolak omboh ke bawah.
Lejang Ke Bawah
Salur masuk tertutup.
Salur ekzos dan salur pemindahan terbuka.
Gas ekzos yang dihasilkan keluar melalui saluran ekzos.
Pada masa yang sama campuran petrol dan udara yang berada dalam kebuk engkol ditolak masuk ke dalam silinder melalui salur pemindahan.
VIDEO ANIMASI ENJIN PETROL DUA LEJANG
Tonton video animasi untuk lebih memahami tentang prinsip operasi enjin petrol dua lejang.
HUBUNGKAIT ANTARA STRUKTUR & OPERASI ENJIN DENGAN PERGERAKAN KENDERAAN
Pembakaran bahan api yang berlaku dalam silinder menyebabkan omboh bergerak ke atas dan ke bawah.
Setiap omboh disambungkan kepada aci engkol yang juga disambungkan kepada gear melalui cekam dan seterusnya disambungkan kepada aci pacu.
Aci pacu disambungkan kepada roda.
Pergerakan omboh ke atas dan ke bawah menyebabkan aci engkol diputarkan.
Aci engkol yang berputar akan menyebabkan gear berputar dan seterusnya gear akan memutarkan gandar yang mempunyai roda.
FAHAMKAN PRINSIP OPERASI ENJIN PETROL EMPAT LEJANG DAN ENJIN petrol dua LEJANG DI ATAS.
KENAL PASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN & JAWAB SOALAN DI BAWAH.
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.- Buku Teks Sains Tingkatan 5
- Buku Rujukan Sains Tingkatan 5
- Youtube