BAB 5 - GERAKAN

TOPIK 5.5 | TEKANAN

Tekanan ditafsirkan sebagai daya normal per unit luas permukaan.

Di mana: P = Tekanan,

F = Daya dan A = Luas.

  • Unit S.I bagi tekanan ialah newton per meter persegi (N m−2 ) atau pascal (Pa).

  • Bayangkan anda memakai kasut tumit tinggi dan berjalan di tepi pantai yang berpasir. Kemudian anda menukar kasut dengan memaikai kasut bertapak rata (contoh kasut sekolah) dan berjalan di tepi pantai tersebut. Kasut manakah menyebabkan anda menjadi agak sukar untuk anda berjalan? Kasut tumit tinggi? Mengapa?

  • Kasut tumit tinggi meninggalkan kesan lubang yang lebih dalam berbanding kasut tumit rata. Hal ini kerana luas tapak kasut tumit tinggi adalah lebih kecil berbanding luas tapak kasut bertapak rata. Tapak kasut tumit tinggi menghasilkan tekanan yang lebih besar berbanding kasut bertapak rata.

  • Apakah perkaitan antara luas permukaan kasut dengan tekanan?

Hubungan Antara Tekanan & Luas Permukaan

Jom tengok video eksperimen ringkas di sebelah yang akan menjawab persoalan hubungan antara tekanan dan luas permukaan.

Anda boleh mencubanya di rumah masing-masing.

Nota:

Semakin bertambah kecil luas permukaan, semakin bertambah besar tekanan yang dihasilkan.

CONTOH PENGIRAAN

Soalan 1:

Satu daya F, 5 N dikenakan ke atas satu permukaan berluas 0.002 m², menyebabkan satu tekanan X ke atas permukaan itu. Kirakan tekanan X tersebut.

P = F/A

P = 5 / 0.002

P = 2 500 Nm−2

CONTOH APLIKASI TEKANAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Luas permukaan yang kecil menghasilkan tekanan yang lebih besar.

Pisau yang tajam memiliki luas perkukaan yabg kecil, maka tekanan yang lebih besar akan dihasilkan. Oleh itu buah mudah dipotong.

Paku yang tejam lebih mudah dibenamkan ke dalam kayu. Luas permukaan mata paku yang sangat kecil menghasilkan tekanan yang lebih besar.

Luas permukaan yang besar menghasilkan tekanan yang lebih kecil.

Tapak kasut peluncur memiliki luas permukaan yang lebih besar menyebabkan tekanan yang dihasilkan adalah lebih kecil. Oleh itu, kasut peluncur tidak akan tenggelam ke dalam salji sebaliknya dapat meluncur dengan lebih mudah.

Tayar pada jentolak memiliki luas permukaan yang lebih besar menyebabkan tekanan yang lebih kecil terhasil. Oleh itu, jentolak mudah untuk bergerak walaupun di atas permukaan tanah yang lembut atau berlumpur.

BERDIRI DI ATAS TELUR??

How to stand on Eggs Without Breaking Them | Street Science

LATIHAN

Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik TeachTarik EduChannel

Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.
Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 5
  2. Buku Rujukan Sains Tingkatan 5
  3. Youtube (JUS. Physics Platform)
  4. Youtube (Science Channel)